Terlebih dahulu saya mengambil
kesempatan ini mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada Persatuan Pemborong
Sayur Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Vegetable Wholesalers Association) sempena dengan
perasmian Bangunan Persatuan dan pelancaran "Internet Homepage" serta
sambutan ulang tahun ke 30 persatuan pada tahun ini. Kewujudan
Persatuan ini sejak 30 tahun yang lalu telah memberi sumbangan yang sangat bermakna
kepada perkembangan dan kemajuan industri sayur-sayuran di Kuala Lumpur khasnya
dan negara amnya. Dengan adanya bangunan sendiri, saya pasti ianya akan menjadi
pendorong kepada semua ahli untuk terus memberi khidmat khususnya membantu kerajaan
untuk membangunkan lagi industri sayur-sayuran berkembang dengan lebih pesat lagi
di masa akan datang. Kejayaan mengadakan bangunan ini, hasil daripada derma para
ahli setiap tahun, menunjukkan perpaduan ahli-ahli dan ini perlu diteruskan. Penerbitan
Buku Cenderamata dan Homepage untuk Persatuan amat berguna kepada ahli-ahli dan
peniaga-peniaga dalam dan luar 'negara untuk mendapat maklumat terbaru serta mengadakan
perniagaan dua hala. Selamat
menyambut Ulang Tahun Ke-30 Persatuan dan Selamat Maju Jaya. (DATUK
AMAR DR. SULAIMAN BIN HAJI DAUD) |