Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada
"Kuala Lumpur Vegetable Wholesalers' Association" kerana memberi penghormatan
kepada saya menyampaikan kata-kata aluan di dalam buku cenderamata sempena Sambutan
Ulang Tahun Persatuan Ke 30, pembukaan rasmi bangunan Persatuan dan Pelancaran
Laman Web Persatuan.
Saya
mengambil kesempatan di sini mengucapkan syabas dan tahniah kepada Persatuan atas
kejayaan yang telah dicapai selama ini di mana hasil dari kesungguhan dan kegigihannya
bukan sahaja telah dapat memberi perkhidmatan kepada ahli-ahli malah telah berjaya
mengadakan bangunannya sendiri. Di samping itu, kejayaan mewujudkan Laman Web
Persatuan juga perlu dipuji kerana dengan adanya Laman Web ini menunjukkan bahawa
Persatuan telah melangkah ke hadapan dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatannya. Akhir
kata, saya mengucapkan selamat menyambut Ulang Tahun Persatuan Yang Ke 30 dan
berharap "Kuala Lumpur Vegetable Wholesalers' Association ini akan terus
berjaya di masa-masa akan datang. Saya juga berharap agar Persatuan akan terus
memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan Bandaraya Kuala Lumpur. (
TAN SRI DATO' KAMARUZZAMAN BIN SHARIFF ) Datuk Bandar
Kuala Lumpur. |