Sukacita
saya mengucapkan tahniah dan selama menyambut ulang tahun yang ke 30 kepada Kuala
Lumpur Vegetable Wholesalers' Association dan mengucapkan syabas di atas pembukaan
rasmi bangunan Persatuan dan pelancaran "Internet Homepage" Persatuan.
Pemasaran adalah di antara bidang yang memainkan peranan penting di dalam pembangunan
industri sayur-sayuran dan buah-buahan di Malaysia. Adalah menjadi penting bahawa
pemasaran sayur-sayuran sentiasa cekap dan berkesan supaya dapat memberi manfaat
kepada petani, penjual dan pengguna. Dalam hal ini, saya berharap Kuala Lumpur
Vegatable Wholesalers' Association yang mempunyai pengaruh secara langsung di
dalam pemasaran sayur-sayuran dapat memainkan peranan ke arah matlamah tersebut.
Saya percaya persefahaman dan kerjasama yang terjalin dengan pembekal khususnya
petani atau pengeluar sayur-sayuran tempatan dapat dikekal dan dipertingkatkan.
Saya penuh berkeyakinan bahawa Kuala Lumpur Vegetable Wholesalers' Association
dan lain-lain persatuan seumpamanya di Malaysia dapat terus maju di masa akan
datang dalam usaha pemasaran sayur-sayuran. Sekian,
terima kasih. (
ABI MUSA ASA' ARI BIN MOHAMED NOR ) Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan |